Kisah Nabi Sulaiman Dan Semut
Pengarang: Anonim
Sulaiman bin Daud adalah
satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga bisa
memahami bahasa binatang. Dia bisa bicara dengan burung Hud Hud dan juga
boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah
contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang
sangat kaya raya ini. Firman Allah, Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia
berkata, hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan
kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu
karunia yang nyata.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman
tentaranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib
(dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah
seekor semut, hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu
tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.
Maka Nabi Sulaiman tersenyum
dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, Ya Rabbi,
limpahkan kepadaku karunia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau
anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; karuniakan padaku hingga
boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai; dan masukkan aku dengan
rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml: 16-19)
Menurut sejumlah riwayat, pernah
suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, Wahai semut! Berapa
banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun? Sebesar biji
gandum, jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi
semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu
tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun,
didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu. Mengapa engkau
hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya? tanya Nabi Sulaiman.
Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah, jawab si semut. Dengan
tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku
berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada
tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau
akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal
tahun berikutnya.
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat
kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara
mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik
dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah
Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan
kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak
dan absolut.
Bagaimanapun kayanya Nabi
Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan
tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa
yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut
Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman
ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun
khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya.
Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata,
bukan kepada manusia.
|